Panadol 2 bijik

Selepas mendengar penerangan daripada saya, seorang pelanggan saya menyatakan bahawa beliau belum bersedia lagi untuk membeli takaful dan mempunyai masalah kewangan.

Beliau berkata dengan penuh kesopanan kerana mungkin tidak mahu mengecewakan saya, "Encik Budiman, bolehkah anda tinggalkan kad, saya akan menghubungi bila bersedia nanti untuk membelinya?"

Selepas mendengar kata-katanya, saya mengeluarkan dua tablet panadol dan meminta segelas air suam. Setelah beliau membawa air suam, saya menyerahkan panadol tersebut kepada beliau.

2 bijik je

Beliau tergamam seketika dan berkata,"Kenapa serahkan kepada saya,saya tidak sakit. Saya ingatkan anda yang mahu memakannya."

Kemudian saya berkata, "Bukan,ia bukan untuk saya, tetapi untuk anda."

Beliau menjawab, "Saya tidak perlukan panadol sekarang."

Saya berkata, "Bilakah masanya anda mengambil panadol?"

Beliau menjawab, "Saya mengambil panadol hanya apabila saya sakit kepala."

Saya berkata lagi, "Pernahkah anda mengambil panadol sebelum anda sakit?"

Beliau menjawab, "Tidak".

Saya menambah, "Encik, perkara yang sama juga berlaku pada takaful. Anda tidak akan terfikir untuk menganbil takaful sebelum anda sakit."

"Tetapi jikalau anda terlantar di hospital dan juga tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk membiayai kos perubatan anda, mungkin pada masa itu anda akan ingat kepada saya dan akan menghubungi saya untuk membeli takaful."

"Tetapi tidakkah anda terfikir pada masa itu tidak ada syarikat takaful dan insurans yang akan menerima anda lagi. Jikalau syarikat saya menerima anda ketika itu, saya rasa saya tidak perlu datang berjumpa dengan anda sekarang kerana saya rasa lebih baik saya menjual takaful pada orang-orang yang sedang tenat di hospital."

"Apakah anda fikir menangis kemudian lebik baik daripada membuat persiapan awal?"

No comments:

Post a Comment